top of page

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Perpustakaan Ibnu Firnas KMKt berkongsi bangunan dengan Unit Sains Komputer, dan Makmal Bahasa. Mempunyai dua (2) aras untuk perpustakaan dan satu aras iaitu aras tiga (3) menempatkan ruang kerja Unit Sains Komputer, Makmal Komputer dan Makmal Bahasa. Kebiasaannya, aras bawah digunakan untuk melaksanakan program pameran serta Program Derma Darah. Setiap kemasukan sesi baharu untuk ke Kolej Matrikulasi Kelantan, aras bawah perpustakaan kebiasaanya akan digunakan untuk tujuan pendaftaran pelajar semasa Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu.

​

​

Ruang Bacaan Terbuka

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar membuat rujukan, mengulangkaji, pembacaan dan perbincangan berkumpulan. Ruang bacaan terbuka disediakan di aras bawah dan aras 1.

​

Ruang Meja Karel

Disediakan bagi kemudahan dan keselesaan pelajar membuat rujukan, mengulangkaji dan pembacaan secara individu/sendiri. Ruang meja karel disediakan di aras bawah dan aras 1.

​

Bilik Perbincangan

Bilik perbincangan di Perpustakaan Ibnu Firnas mempunyai 4 bilik perbincangan. Disediakan bagi kegunaan pensyarah dan pelajar untuk  menjalankan aktiviti perbincangan secara berkumpulan. Pelajar dan pensyarah selesa mengguna bilik perbincangan yang disediakan.

​

Bilik Cyber Remaja

Bilik cyber remaja disediakan untuk kegunaan kepada pelajar dan pensyarah bagi mengakses internet. Kebiasaannya, pelajar menggunka bilik cyber remaja untuk menyiapkan kertas kerja mereka. Untuk masuk ke bilik cyber remaja, pelajar/pensyarah hendaklah mendaftar nama di kaunter dan mengakses menggunakan kad pelajar/pensyarah untuk masuk ke dalam bilik cyber remaja. 

​

Mini Surau

Kemudahan surau disediakan untuk kemudahan pengguna Perpustakaan Ibnu Firnas. Disediakan untuk kemudahan kepada pelajar dan pensyarah. Kelengkapan solat juga disediakan.

​

Ruang Pameran Umum

Ruang pameran disediakan di hadapan kaunter perkhidmatan yang berdekatan dengan pintu keluar masuk. Pameran juga akan berubah pada setiap 2 atau 3 bulan sekali.

​

Ruang Santai

Ruang santai juga ada disediakan di Perpustakaan Ibnu Firnas. Disediakan kepada pelajar untuk bersantai sambil membaca atau membuat latihan matapelajaran secara tidak langsung.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

bottom of page