top of page

PERATURAN PERPUSTAKAAN

​

​

Perhatian Kepada Semua Pengguna Perpustakaan!

​

  • Pelajar diwajibkan memakai kad pelajar semasa masuk dan berada dalam perpustakaan.

  • Pelajar hendaklah berkelakuan baik dan berpakaian kemas semasa berada di perpustakaan, sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Matrikulasi.

  • Pelajar diwajibkan mematuhi Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar.

  • Semasa berada di perpustakaan, pelajar DILARANG!:     

  • Menconteng/ mengoyak/merosakkan/membawa keluar buku, jurnal dan        bahan perpustakaan tanpa kebenaran.Merosakkan peralatan/bahan media.

  • Membawa makanan ke dalam perpustakaan.

  • Merokok dan makan.

  • Berbual dan mengganggu ketenteraman orang lain.

  • Memindahkan buku/bahan perpustakaan dari satu aras/koleksi ke aras/koleksi yang lain.

  • Menyepahkan/ meninggalkan buku di atas meja/rak.

  • Mengalih/menyalahgunakan/merosakkan perabot.

  • Membuang sampah merata-merata.

  • Memakai selipar semasa masuk dan berada di perpustakaan.

  • Berkelakuan sumbang atau salah laku dalam perpustakaan.

  • Menyalahguna pangkalan data komersial dan kemudahan Internet.

  • Pelajar dikehendaki meletakkan buku yang telah digunakan di Rak Sementara.

  • Pelajar perpustakaan bertanggungjawab pada barang-barang peribadi yang dibawa masuk ke perpustakaan.  Perpustakaan tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang tersebut.

​

DENDA LEWAT YANG DIKENAKAN

  • Pengguna yang lewat memulangkan buku yang dipinjam akan dikenakan denda lewat sebanyak RM0.20 sehari.

  • Bagi kes kehilangan buku, pengguna tersebut akan dikenakan denda sebanyak nilai harga asal buku dan RM10.00 bagi yuran proses.

  • Bagi pelajar yang mempunyai denda melebihi RM15.00 akan diterhadkan pembayaran sebanyak RM15.00 juga. 

bottom of page