
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
​
Koleksi bahan perpustakaan adalah berjumlah hampir 10,500 naskhah. Koleksi utama Perpustakaan Kolej Matrikulasi Kelantan merangkumi subjek perakaunan, sains sosial, fizik, kimia, biologi, matematik dan sains komputer serta terdapat juga rujukan bidang am lain yang menyokong Proses Pembelajaran dan Pengajaran. Sistem pengkelasan yang digunakan adalah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) seperti berikut:
​
000 - Koleksi Umum
005 - Sains Komputer
100 - Falsafah & Psikologi
150 - Psikologi
200 - Agama
200 - Pendidikan Moral
297 - Agama Islam
300 - Sains Kemasyarakatan
330 - Ekonomi
370 - Pendidikan
400 - Bahasa
420 - Bahasa Inggeris
499 - Bahasa Melayu
500 - Sains dan Matematik
510 - Matematik
530 - Fizik
540 - Kimia
570 - Biologi
600 - Sains Gunaan & Teknologi
650 - Pengurusan Perniagaan
657 - Perakaunan
800 - Sastera
823 - Fiksyen Inggeris
900 - Geografi & Sejarah
​
​
Koleksi-koleksi tersebut boleh didapati di:
​
Aras Bawah
Koleksi Rujukan
Koleksi rujukan terdiri daripada kamus dan ensiklopedia yang menjurus kepada bidang pengajian yang terdapat di Kolej Matrikulasi Kelantan.
​
Koleksi Majalah
Koleksi Majalah terdiri dari pelbagai variasi tema seperti pengguna Keluarga, Anjung Seri, Dara, Wanita, dan pelbagai lagi.
​
Aras Satu
Koleksi Pinjaman Terbuka
Koleksi pinjaman terbuka di perpustakaan ini lebih menjurus kepada bidang pengajian yang terdapat di Kolej Matrikulasi Kelantan iaitu merangkumi perakaunan, sains sosial, fizik, kimia, biologi, matematik dan sains komputer. Selain itu terdapat juga pelbagai bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen terbitan terkini untuk para pelajar.
​
​
​
​






