top of page

Sinospsis Buku-Buku Pilihan

The Power Of Smile = Dasyatnya Senyuman

Author: Syeikh Mahmud Al-Misri

Imprint: Batu Caves, Selangor. Al-Hidayah Publication., 2013

Call No. : 158 MIS 2013

​

Synopsis:

Kerana senyum itu mampu meruntuhkan tembok kesedihan dan menghancurkan banteng kesusuhan. Kesedihan di dunia ini hanyalah bisikan perlaha yang akan hilang bersama hembusan angina. Usah bersedih andainya berseorangan kerana janji ALLAH itu pasti “percayalah selalu akan adanya pelangi setelah hujan badai yang lebat” kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya berseorangan menanggung kesedihan. Setiap ujian yang diberikan hanyalah untuk merasakan Allah dekat bersama kita. Kesedihan, kegelisahan dan kerisauan yang dialami mengadulah kepada-Nya untuk memohon ketenangan, kebahgiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kasih sayang Allah kepada hambanya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Author:  Abdul Hadi Awang

Imprint: Batu caves, Selangor. PTS Islamika Sdn. Bhd., 2009

Call No.: 297.27209595 ABD 2009

​

Sinopsis:

“Negara akan makmur dan Tuhan yang maha Pengampun”. Konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan, dan mengutamakan kesejahteraan. Banyak juga tomahan demi tomahan secular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Agar Barakah Di Tempat Kerja

Author: H. M. Amrin Rauf

Imprint: Batu Caves, Selangor. Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.,2014

Call No.: 297.57 AMR 2014

​

Sinopsis: 

​

Pekerjaan yang mulia adalah perkerjaan yang mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah. Berapa ramai yang sudah bekerja dan mengumpul banyak harta dan wang ringgit, namun itu semua tidak mampu membuatkan kehidupan mereka tenteram dan bahagia. Mungkin disini terdapat unsur-unsur yang tidak berkat dalam pekerjaan harian mereka. Mungkin juga proses kerja atau cara kerja mereka telah menyebabkan keberkatan di dalam harta itu terhakis. Terdapat beberapa kunci yang boleh kita praktikanuntuk mencapai keberkatan ditempat bekerja ialah disiplin bekerja, kegigihan, komitmen, tanggungjawab, kejujuran, etika kerja, dan menjaga amanah dengan baik.

Apabila Hati Rindu Menikah

Author:  Mas Udik Abdullah

Imprint:  Batu Caves, Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd., 2013

Call No.: 297.577 MAS 2013

​

​

Sinopsis:

Bernikahlah, sudah diciptakan dua insan hidup di dunia, takdir Allah yang menyatukan jodoh manusia, mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara, jangan lagi kau memikirkan harta benda semata. Berbahagialah manusia, kepada yang sudah menemukan fitrahnya, bagi membentuk keluarga yang sakinah, bernikahlah engkau segera, apabila tiba saatnya sudah tiba, jangan jadikan alasan bagi menunda. Bernikahlah mengurangi dosa maksiat, bernikah menyatukan bahagia dan nikmat.

Dasyatnya Taubat Nasuha

Author:  Ibnu Qudamah al-Maqdisy

Imprint: Batu Caves, Selangor. PTS Islamika Sdn. Bhd., 2011

Call No.:  297.22 IBN 2011

​

Sinopsis:

​

Manusia? Hanya insan biasa yang tidak akan pernah daripada membuat dosa. Tetapi, selagi ada ruang dan peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, Allah swt tidak akan mensia-siakan taubat hambanya. Apabila muncul kesedaran di hati, sujud dan bertaubatlah menyedari perbuatan yang lalu. Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan diri. Hidayah Allah pengubat luka pada hati dan jiwa dengan penuh penyesalan. Ingin mengetahui bagaimana dasyatnya taubat mereka? Ikuti kisah-kisah yang mungkin berjaya menjentik hati supaya bertaubat dan menghindari diri daripada perbuatan terlarang.

​

Ah! Jangan Derhaka

Author: Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Imprint: Damansara, Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd., 2014

Call No.: 297.577 MNA 2014

​

Sinopsis:

​

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.” Sebagai anak haruslah tahu tentang konsep sebenar layanan yang sewajibnya terhadap ibu bapa. Mengutarakan contoh perlakuan anak yang membawa kepada penderhakaan. Sebagai anak, haruslah menghayati dan memahami tanggungjawab dan pengorbanan seorang anaak terhadap kedua-dua ibu dan bapa. Didiklah dirimu dan keluargamu menjadi anak yang soleh dan solehah kerana redha Allah ialah redha ibu bapa.

501 Persoalan Fikah Wanita

Author: Zawiah Hassan

Imprint: Batu Caves, Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd., 2012

Call No.: 297.57 ZAW 2012

​

​

Sinopsis:

​

Kebanyakan wanita islam moden zaman kini tidak menitikberatkan tentang fikah wanita dan menjadi tanda Tanya buat mereka. 501 Persoalan Fikah Wanita Moden akan menjawab persoalan dan permasalahan yang sering menjadi tanda Tanya pada kaum wanita. Topik-topik hangat menyentuh tentang isu fikah dan disertakan dengan jawapan ringkas dan padat. Banyak penjelasan berharga dipaparkan dengan hujah yang logic dan rasional berlandaskan hukum syarak.

501 Persoalan Fikah Wanita

Author: Zawiah Hassan

Imprint: Batu Caves, Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd., 2012

Call No.: 297.57 ZAW 2012

​

​

Sinopsis:

​

Kebanyakan wanita islam moden zaman kini tidak menitikberatkan tentang fikah wanita dan menjadi tanda Tanya buat mereka. 501 Persoalan Fikah Wanita Moden akan menjawab persoalan dan permasalahan yang sering menjadi tanda Tanya pada kaum wanita. Topik-topik hangat menyentuh tentang isu fikah dan disertakan dengan jawapan ringkas dan padat. Banyak penjelasan berharga dipaparkan dengan hujah yang logic dan rasional berlandaskan hukum syarak.

Apabila Dia Menyapa, Jodohkan Namanya

Author:  Sakinah Salleh

Imprint: Batu Caves, Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd., 2012

Call No.:  297.577 SAK 2012

​

Sinopsis:

Isu jodoh tidak pernah selesai baik untuk yang muda ataupun tua, baik yang sudah berkahwin mahupun mereka yang baru mengenal erti kehidupan. Ini kerana, masing-maisng berharap berhasrat menentukan perjalanan jodohnya yang bersesuaian dan mendambakan jodoh mereka memberi kebahgiaan. Jodoh adalah takdir sebagaimana kata-kata, “Jodoh ditangan Tuhan, manusia perlu menerima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini besar pengaruhnya dan sudah menjadi pegangan dalam masyarakat. Tetapi, pendapat ini kadangkalanya diletakkan di tempat yang salah, ini kerana jodoh sememangnya di tangan Tuhan dan takdir daripadaNya, pasti ada kebenarannya. Walaupun, kita harus menerima kelebihan dan kekurangan pada pasangan, kita tetap mempunyai pilihan tersendiri.

Apabila Dia Menyapa, Jodohkan Namanya

Author:  Sakinah Salleh

Imprint: Batu Caves, Selangor. PTS Millennia Sdn. Bhd., 2012

Call No.:  297.577 SAK 2012

​

Sinopsis:

Isu jodoh tidak pernah selesai baik untuk yang muda ataupun tua, baik yang sudah berkahwin mahupun mereka yang baru mengenal erti kehidupan. Ini kerana, masing-maisng berharap berhasrat menentukan perjalanan jodohnya yang bersesuaian dan mendambakan jodoh mereka memberi kebahgiaan. Jodoh adalah takdir sebagaimana kata-kata, “Jodoh ditangan Tuhan, manusia perlu menerima jodohnya, baik ataupun buruk.” Pendapat ini besar pengaruhnya dan sudah menjadi pegangan dalam masyarakat. Tetapi, pendapat ini kadangkalanya diletakkan di tempat yang salah, ini kerana jodoh sememangnya di tangan Tuhan dan takdir daripadaNya, pasti ada kebenarannya. Walaupun, kita harus menerima kelebihan dan kekurangan pada pasangan, kita tetap mempunyai pilihan tersendiri.

 

Langkah Bijak Usahawan Terbilang

Author: Mohd Fadzilah Kamsah Muhammad Zakaria

Imprint: Damansara, Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd., 2008

Call No.: 338.04 MOH 2008

​

​

Sinopsis:

Ingin menjadi usahawan berjaya? Jadikan seorang yang bijak merancang untuk langkah-langkah menjadi usahawan terbilang. Ramai orang bercita-cita menjadi usahawan. “Keusahawanan ialah dunia yang glamor”. Untuk menjadi usahawan perlu ada dua perkara iaitu ilmu tentang keusahawanan dan perasaan dan cita-cita yang meluap-luap untuk menjadi seorang usahawan.

Manisnya Cinta Si Anak Muda

Author: Ahmad Syafiq Jusoh

Imprint: Shah Alam, Selangor. Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.,2014

Call No.:  297.5677 AHM 2014

​

​

Sinopsis:

Sesungguhnya orang beriman itu cintanya bersangatan kepada Tuhannya. Dia tahu hakikat cinta yang dicari itu sangat dekat dan pintu bahagia itu sangat hamper. Segalanya indah bila mencari cinta tanpa melupakan Dia, Allah pemberi rahmat. “Berlarilah hingga ke hujung dunia, selamilah lautan walau sampai ke dasarnya, berkelanalah ke seluruh pelosok dunia, tidak mungkin engkau akan temui hakikat cinta jika engkau lupa akan firman Sang Pencipta. Cinta yang baik untuk orang yang baik. Manisnya cinta si anak muda tidak sempurna jika tidak tahu tentang hakikat cinta, bagaimana untuk bercinta dan siapa yang harus diberikan cinta.

30 Tip Penenang Hati

Author:  Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni

Imprint: Batu Caves, Selangor. Al-Hidayah Publication, 2013

Call No.: 297.57 QAR 2013

​

Sinopsis:

​

Ketenangan dan kebahagiaan adalah impian setiap insan. Pelbagai cara dan petua dicari untuk mencapai ketenangan. Namun, sebagai manusia sering juga tersilap pilih cara, bukan tenang dan bahagia yang bertandang tetapi mimpi ngeri yang menghantui diri. Al-quran diturunkan bukan hanaya sebagai rujukan agama sahaja, ia adalah mukjizat yang paling besar dan khazanah yang paling berharga untuk seluruh umat islam. Di dalamnya tersimpan amat banyak rahsia dan petua untuk mencapai ketenangan dan kebahgiaan dalam hidup ini. Nabi Muhammad telah menunjukkannya dalam kehidupan seharian beliau.

Meniti Jalan Suci

Author:  Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

Imprint: Batu caves, Selangor. PTS Islamika Sdn. Bhd., 2011

Call No.: 297.57 WAN 2011

​

Sinopsis:

 

“Hikmah hilang daripada orang beriman. Siapa yang menjumpainya, mereka adalah orang yang paling berhak memilikinya.” Dalam kesibukan menjalani kehidupan yang serba moden, manusia sentiasa sibuk mengejar habuan dunia sehingga lupa pada nilai kerohanian yang berlaku sekelilingnya.  Allah maha Bijaksana, manusia dihidangkan dengan pelbagai kejadian sama ada yang menyedihkan mahupun yang mengembirakan. Semuanya sebagai suatu peringatan seupaya manusia kembali kepadanya.

Orang Islam Harus Kaya

Author: Rachmat Ramadhan al-Banjari

Imprint: Batu Caves, Selangor. Al-Hidayah House of Publisher Sdn. Bhd.

Call No.:  297.5 BAN 2011

​

Sinopsis:

Namun, benarkah anda telah sanggup mengharungi samudera ujian yang maha berat tersebut? Kemiskinan juga adalah lebih kepada soal persepsi dan tafsiran yang ada pada setiap orang. Kemisknan sesungguhnya juga bersifat relatif, bergantung pada sudut pandangan mana seseorang akan melihat dan keyakinan bagaimana yang dipegang. Untuk menjadi kaya, fikiran dan strategi atau aktiviti usaha anda kepada konsep tauhid dan kerasulan.  Dengan mengembangkan kajian mendalam ke atas kuasa Ketauhidan ditambah pula tunjuk ajar Rasulullah S.A.W dalam mengatasi virus kemiskinan, maka ia sangat mudah untuk membuka pintu-pintu rezeki yang penuh keberkatan yang tersebar diseluruh penjuru langit dan bumi.

bottom of page